jujur aku kata yang aku memang tidak mampu untuk menjadi seperti beruk yang rajin memanjat pokok kelapa itu..iyalah,manakan sama aku dengannya itu..kakinya sama panjang dengan tangannya...itu memang kurniaan Allah SWT yang kita manusia tidak boleh pertikaikan...begitu juga dengan kelebihan kita sebagai manusia.
Manusia...
bukan kosong...
punya akal...
punya tubuh yang sempurna...
punya gerak langkah yang menarik..
punya rupa yang bermacam...
pengenalan manusia bukan dari sehari dua...
ada yang sesat lagi menyesatkan
ada yang suka membetulkan walaupun diri sendiri seperti ketam membuka kelas berjalan
ada yang tahu tapi tidak perbuat
dan tidak kurang juga yang mencari kesempurnaan baik didunia mahupun diakhirat
Allah SWT punya kuasa menarik kembali nikmat yang diberi...
semuanya ada hikmah...
hikmah yang cukup tersirat dari yang tersurat..
misal kata hari ini kita masih lagi punya dua permata untuk melihat...
mungkin esok diambilNYA satu permata kita...
hikmahNYA mungkin kerana kita selalu melihat perkara yang sia-sia...
dan ingin kita merasai kesusahan orang buta yang tidak pernah dapat melihat dari permata...
DIA ingin kita melihat dengan menggunakan hati..
Hati yang bersih bukan boleh ditakrifkan dengan sebarang perkataan yang wujud di bumi ini...
hanya perbedaan untuk membezakan hati yang busok dengan hati yang baik..
sebagai contoh..
manusia yang selalu khilaf itu berhati baik sekiranya dia BERTAUBAT untuk kekhilafannya yang lepas...
manakala hati yang busok ini sentiasa mencari kekhilafan orang lain dan tidak bertaubat untuk kesilapan sendiri..
Dan peluang yang ALlah SWT berikan kepada kita,hambaNYA ini terlalu banyak...
gunakanlah sebaiknya...
akal yang ada digunakan sebaiknya dalam merancang hidup agar berhati bersih...
Sabarlah dengan semua DUGAAN yang hadir kerana ALLAH SWT menguji kita kerana ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI.




5 comments:
mwarhx... i love u,baby
monyet tk mendengar kata... tp beruk boleh la sikit2 g skolah panjat pokok kelapa
Post a Comment