Thursday, February 23, 2012









AHLULBAIT BANI HASYIM
"Sesiapa yang menentang AhlulBait bererti Kekafiran" (Hadith Rasulullah SAW). 

Mahu mengenal AhlulBait wajib tahu sejarah AhlulBait dahulu dan adab-adab dengan AhlulBait . 

Raja-Raja Melayu adalah Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja Melayu; Dan nak mengenal Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu.

Raja-Raja Melayu adalah AhlulBait (zuriat Rasulullah SAW) yang berbeza dengan 'keturunan' lain kerana mereka tidak boleh memakan wang zakat, sedekah atau apa-apa pemberian kecuali ditukarkan niatnya kepada 'HADIAH'. 

Apabila AhlulBait yang menjadi Raja (Penaung-Payung Negara), Insyaallah maka akan aman sentosalah negeri itu. Tidak ada bala bencana seperti Tsunami, penyakit berjangkit seperti Chikugunya, virus Babi, selsema Babi, isu Babi atau sebagainya selagi Raja itu masih berpegang pada prinsip-prinsip AhlulBait sentiasa berpegang dengan AlQuran dan menjadi pemerentah yang adil dan bertaqwa kepada Allah.

Firman Allah: 

"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim (AHLULBAIT) dan keluarga Imran MELEBIHI di atas orang-orang di dalam alam; Mereka itu SATU KETURUNAN (Ahlulbait), setengahnya anak dari yang lain: dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(alImran 3:33-34)

Kemudian Kami 'wahyu'-kan kepada kamu:"Ikutlah agama Ibrahim, sesungguhnya ia bukan daripada orang-orang yang musyrik."

(annahl 16:123)

AHLULBAIT NUSANTARA adalah berasal dari titihan zuriat Yang Mulia Syed Hussein JamadilKubra (Nusantara) bin Sheikh Ahmad Jalal (Kesultanan Hind,Deccan) bin Sheikh Alawi (Hadramaut) bin Ali Zainal Abidin bin Hussein bin Fatimah AlZahra (Ali kwj) bin Muhamaad Rasulullah SAW bin Ibrahim khalilullah BIN ADAM AS.

Baginda telah belayar ke Tanah Melayu (timur) sebagai 'misi dakwah pada sekitar 1345M, yang mana diketika itu , di sebelah barat, Salahuddin AlAyubi (khalifahtul'mukmin) telah pun berjaya menakluk Palastine dari tangan Yahudi (laknat'tullah!) itu.

Firman Allah:

"Berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan kesudahan orang-orang yang mendustakan Ayat-Ayat Kami." (alquran)

Wali-Wali Allah itu apabila mereka meminta diturunkan hujan, maka diturunkan hujan itu; jika mereka meminta dibinasakan sesuatu negeri itu, maka dibinasakan negeri itu.

Firman Allah:

Ingatlah hamba Kami Zakaria ketika ia berdoa kepada Kami: "Wahai Tuhan-ku, janganlah biarkan aku seorang diri", lalu Kami perkenankan DOA-nya, dan Kami kurniakan kepanya Yahya dan Kami telah memberinya Kitab dan Kami jadikan dia seorang nabi. (alquran)

Ingatlah hamba Kami Sulaiman, ketika ia bertaubat kepada Kami dan berdoa: 

"Wahai Tuhanku! Ampunilah kesalahan-kesalahanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tiada bandingannya sesudah aku", lalu Kami tundukkan angin menurut kemahuan Sulaiman dan Kami tundukkan Jin-Jin dan Syaitan-Syaitan bekerja di hadapannya". (alquran)

"Itulah hamba-hamba Kami yang soleh. Mereka BERDOA kepada Kami dengan penuh Khusyuk dan berharap-harap". (alquran) 

"Ya Allah! Limpahkan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahlulbait baginda dan keluarga baginda sebagaimana Engkau telah melimpahkan selawat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia".