Tuesday, December 21, 2010

Pokok Kelapa

Penat aku dalam erti kata melihat si beruk yang memusing-musing dan menanggalkan biji kelapa dari pohon kelapa...


jujur aku kata yang aku memang tidak mampu untuk menjadi seperti beruk yang rajin memanjat pokok kelapa itu..iyalah,manakan sama aku dengannya itu..kakinya sama panjang dengan tangannya...itu memang kurniaan Allah SWT yang kita manusia tidak boleh pertikaikan...begitu juga dengan kelebihan kita sebagai manusia.


Manusia...
bukan kosong...
punya akal...
punya tubuh yang sempurna...
punya gerak langkah yang menarik..
punya rupa yang bermacam...

pengenalan manusia bukan dari sehari dua...
ada yang sesat lagi menyesatkan
ada yang suka membetulkan walaupun diri sendiri seperti ketam membuka kelas berjalan
ada yang tahu tapi tidak perbuat
dan tidak kurang juga yang mencari kesempurnaan baik didunia mahupun diakhirat

Allah SWT punya kuasa menarik kembali nikmat yang diberi...
semuanya ada hikmah...
hikmah yang cukup tersirat dari yang tersurat..



misal kata hari ini kita masih lagi punya dua permata untuk melihat...
mungkin esok diambilNYA satu permata kita...
hikmahNYA mungkin kerana kita selalu melihat perkara yang sia-sia...
dan ingin kita merasai kesusahan orang buta yang tidak pernah dapat melihat dari permata...
DIA ingin kita melihat dengan menggunakan hati..

Hati yang bersih bukan boleh ditakrifkan dengan sebarang perkataan yang wujud di bumi ini...
hanya perbedaan untuk membezakan hati yang busok dengan hati yang baik..
sebagai contoh..
manusia yang selalu khilaf itu berhati baik sekiranya dia BERTAUBAT untuk kekhilafannya yang lepas...
manakala hati yang busok ini sentiasa mencari kekhilafan orang lain dan tidak bertaubat untuk kesilapan sendiri..




Dan peluang yang ALlah SWT berikan kepada kita,hambaNYA ini terlalu banyak...
gunakanlah sebaiknya...
akal yang ada digunakan sebaiknya dalam merancang hidup agar berhati bersih...
Sabarlah dengan semua DUGAAN yang hadir kerana ALLAH SWT menguji kita kerana ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI.



Sunday, December 19, 2010

Kari




Bagi menghasilkan masakan Kari..
kita perlu adunan dan campuran makanan kering serta basah..
kita perlukan pokok kelapa...
kita tanam pokoknya dan menunggu sehingga lima tahun baru kita dapat hasilnya iaitu santan...
sepertimana kita perlukan bunga cengkih,kulit kayu manis,jintan,bawang besar,bawang putih dan cili...
barangan untuk menumis memerlukan kesabaran kerana tanaman sedemikian memerlukan tanah yang sesuai...
bagaimana pula dengan ikan..kita perlu memancing dilautan untuk dapatkannya dan lembu juga kita perlu ternak sehingga 3 atau empat tahun sebelum kita boleh dapat dagingnya..

begitu juga dengan  HIDUP...
untuk hidup,kita perlukan ramuan ilmu,kita perlukan semangat,kita perlukan apa yg tidak dapat dihasilkan dengan hanya membaca iaitu PENGALAMAN...

berbalik kepada pengalaman..
rata-rata orang didunia ini punyai pengalaman sendiri..
pengalaman tanpa sedar atau tidak memang mematangkan seseorang..
natijahnya disini,hidup memang memberi pengalaman samada kita sedar atau tidak...




cerita alam...
ini bukan antonasi si budak malas yang hanya tahu plagiat hasil orang...
mencari dengan rasa tangan yang tidak putus asa..
aku teringat kisah dua budak hitam yang hidup dengan susah payah dek kemiskinan dinegara sendiri...
merantau jauh beribu batu ke Malaysia untuk mencari bersuap-suap nasi dan menyara keluarga di negara sendiri..
bukan apa...aku sendiri merasa kekaguman dengan rasa tidak putus asa budak dua orang ini..sabar menjadikan diri mereka tekad dan tabah untuk tempuhi hidup di perantauan..
~RESPEK~



pengalaman bukan suatu perkara yang diajar dan boleh diolah disekolah-sekolah kebangsaan mahupun sekolah jenis kebangsaan..
ada pepatah menyatakan "u have to live your live"
maksudnya aku pun tak pasti sebab percanggahan pendapat dalam perbahaskan kata-kata ini..
ada yang berkata kene hidup dalam kehidupan sendiri
ada juga yang beranggapan kene hidup mencontohi orang lain..
masing-masing punya akal dan rasa..ikutlah yang mana baikdan terbaik untuk diri sendiri



berbalik kepada cerita asal...
sebatang mancis boleh mengisahkan 1001 cerita...dari sebatang pokok,ditanam,ditebang,dibawa kekilang,dipotong dan di kemaskan,disalut belerang,diwarnakan,dikelaskan dengan jenis-jenis kegunaannya dan proses akhir adalah dijual,diguna dan dibuang...ini bukan cerita aku sebatang pen...

pengalaman memang mematangkan seseorang...
bertuah kita kerana masih bernafas untuk mencari pengalaman sendiri dalam menjadikan diri sendiri matang..
bagaiman ukuran pengalaman?
pengalaman tidak boleh diukur dengan sebatang pembaris atau sebarang alat ukur yang tersedia dipasaran...
ramai orang mencatatkan pengalaman manis buruk didalam nota kaki atau buku-buku untuk tatapan sendiri atau umum...

oleh itu, apabila kita berasa diri lebih berpengalaman dari orang lain
yakin lah bahawa ada lagi orang lain yang lebih berpengalaman dari diri kita..
sifat merendah diri ada salah satu ramuan hidup..
sifat angkuh riak takbur serta mencari salah orang lain tidak akan mematangkan kita...

setiap kejadian ada hikmahnya...kadangkala boleh menjadi ukuran pada diri kita agar tidak melakukan khilaf yang selalu menyusahkan orang lain...
gunakan PENGALAMAN dengan sebaik-baiknya untuk diri sendiri dan masyarakat..

SEKIAN~