Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!!!





MERDEKA..definisi agung yg terpahat dalam sanubari rakyat malaysia...dalam diam tk diam sudah 53 tahun negara kita Merdeka...
Dataran merdeka, stadium Merdeka dan anak2 merdeka... Cuma Ekonomi Merdeka sahaja yang masih tidak kedengaran...


terdengar sana sini laungan merdeka...
hati sayu mengingatkan perjuangan orang lama menuntut Merdeka...
apa makna merdeka ini semua kalau kita masih bergelut dalam merdekakan ekonomi...
kuasa merdeka bukan dipegang pemimpin..
teringat atuk aku cerita...
memang sukar mahu merdeka...
kenapa di fikirkan perjuangan merdeka dimulai dari zaman jepun sahaja...
kenapa tidak diceritakan sejak kurun dahulu dari pencerobohan portugis,belanda dan inggeris..
merdekakah kita dengan ikutan penjajahan minda???
mungkin tidak semua bersetuju...biarlah diari terbuka ku ini meluahkan...
benak rasa memang kelihatan biasa tapi hati ini siapa sahaja yang tahu..

kebiasaan hidup...
dari bayi, belajar jalan, masuk sekolah, masuk universiti, berkahwin,ada anak sendiri dan mati akhirnya...
apa jasa ini yang boleh merdekakan ekonomi untuk agama dan bangsa aku..
hidup ini bukan sahaja diukur dengan kebiasaan hidup tetapi dengan jasa yang dicurahkan..
acapkali teringat pengorbanan orang-orang lama berjuang mengekalkan survival bangsa.

tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas..

apa maksud ayat lama itu..
aku takut anak cucu aku meludah mukaku dek kerana aku tidak berbuat apa dimasa ini untuk mereka hidup selesa kelak... hidup selesa adalah hidup yang diredhai dan memudahkan mereka bernafas dan bekerja kelak..
paling aku takut mereka persoalkan kenapa tidak Merdekakan Ekonomi untuk mereka..

memang aku hanya watak kecil seperti semut dalam berjuta semut...
dan dimana watak besar yang membela watak seperti aku ini..
merdeka tahun ini masih lagi lama pada aku...

survival bangsa masih lagi dalam kepalaku ini... bila mahu merdeka bangsaku ini... walaupun bebas diluar sana,tetapi hati kecil masih berkata sampai bila mahu MERDEKA hanya pada nama..

sampai bila bangsa aku mahu dipijak dibumi sendiri, dicerca.. sejarah lama diabaikan...sejarah lama disorokkan...sejarah lama di SEMBUNYIKAN...

mengunkit pada sejarah tiada gunanya kalau masih tiada langkah dimulakan membela nasib anak bangsa..

seringkali diungkit bangsa aku... diungkit asalnya..diungkit jasanya, diungkit EKONOMINYA...

mungkin tahun hadapan bangsa aku dapat MERDEKA dari segi EKONOMINYA...

apapun

" SELAMAT HARI MERDEKA "



dan disini nostalgia yang masih sebak...aku sertakan liriknya



ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia