Tuesday, September 15, 2009

menyakat adalah hobiku



suka bila tgk gmbar nih...
aku dulu tk tahu apa yg perempuan selalu suka pada sikap lelaki
tp akhir2 ini...
dlm otak aku yg biasa2 ni terdetik yg gurauan itu boleh digunakan dlm pembuka dan penyimpul hati seseorang perempuan...

pada perempuan,
sikap bersahaja lelaki itu patut selang seli dgn gurauan yg tidak melampau batas...
mungkin "spontan" adalah yg terbaik...
bukan siri spontan di astro itu..
hehe

gunakan juga pelbagai idea...
tentang kesilapan..
tentang ulangan...
tentang ketinggian...
dan bermacam tentang lagi...
agar suasana tidak beku dan bosan...

aku tidak mahir dalam berkata-kata...
dan tidak mahir dalam memahami perempuan...
tp aku mencuba dan tidak berputus asa...
asalkan ada rezeki..
pasti itu aku akan trus mencuba...

sampai post ini dirangka..
aku terdetik tntang hati...
kalau selalu didesak akhirnya tak kemana...
dan apetah lagi seringkali dipaksa...

masa berlalu memang pantas...
tak larat aku nak kejar...
aku bukan pelari terpantas dunia yg dpt mengejar masa..
itulah dia....
perempuan...
seperti kebiasaan..
yang suka dikejar...

lelaki yg mengejar kadang2 sudah ada yg berpaut tp masih lagi
mengejar pada yg suka dikejar....
akibatnya mesti hilang keduanya bila terlihat keburukan lelaki td...
kata pepatah"yg dikejar terlepas, yg dikendong berciciran"
aku tak tujukan pada sesiapa...
hanya mengingatkan pada aku sendiri...
agar tidak terjadi pada aku yg seorang lelaki...

aku pelik juga kenapa perlu dikejar...
kenapa tidak berjalan sahaja...
tidak penat...
dan tidak pula letih pada akhirnya...


Dari pengamatan aku...


waktu memikat memang mudah...
dan keseronokan dari gelak ketawa itu jangan dilupa...
kerana itu boleh dibuat ubat dikala terluka...
ini memang terbukti...

waktu nak mengekalkan itu paling sukar...
kerapkali sesuatu yg tak disangka datang..
sedangkan lidah lagikan tergigit...
apetah lagi aku manusia biasa yg selalu berbuat singgung baik dari hati dan zahir..
tp selagi berjaya tabah menghadapi...
boleh saja kekal bahagia...




doakan aku berjaya...
untuk buat si dia bahagia...

kesakitan dalam kegembiraan

hari raya makin dekat...
kuih raya dijual disana-sini...
ada yang shopping
ada yang melihat
tak kurang juga ada yang tiada apa2 untuk raya kali ini...

begitu juga pada anak2 yg tiada rasa kasih mak ayah sejak kecil...
riak wajah si kecil lagi sayu ini..
program yg berlalu baru2 ini menambahkan lagi perasaan menyesal atas aper yg pernah aku lakukan suatu ketika dulu...

terguris perasaan kedua orang tuaku dgn tingkah laku aku sebagai remaja yg lansung tiada titik kematangan...
yang hanya berharap segalanya ditatang depan mata...
sedangkan orang tuaku bersusah jerih dari pagi ke malam mencari rezeki...

baru kedewasaan ini aku sedar...
betapa buruknya aku jika dibandingkan dgn orang yg tiada mak ayah..
masa mematangkan aku itu hadir tanpa bicara...
mengenali erti rindu bila berjauhan dengan tua...
mengenali erti sukar bila aku mula belajar berdikari...
mengenali erti penat dan mati bila aku mula bekerja...

owh ayah dan ibu...
anakmu ini amat berharap lembaran syawal yg hadir kali ini sebagai titik yg memulihkan segalanya yg tak nampak dari zahir...

puas aku menahan perasaan ini...
tangisan lelaki yg menggelodak dalam jiwa aku meronta-ronta mahu dilepaskan...
tanpa aku sedari...

aku tidak mengharap akar kasihan dari mereka yg tak pasti...
aku tak mengharap syurga kerna aku tidak layak...
tapi yg pasti aku takut ke neraka...
neraka yg pasti menjahanamkan aku dikemudian kali...

maafkan aku kerana pernah menderhaka..
merosakkan harapan kedua orang tuaku...
suatu ketika dulu..
tangisan ibuku yg tak dapat ku lupakan walaupun telah lama berlalu...
bayangan sakit itu aku tidak termampu menaggung...
ibuku...

dan ayahku...
yang sangat bertanggungjawab...
mencuba menjadikan aku agar lebih baik darinya...
tp aku sbgai anak memang mencuba...
aku minta maaf dari sekian kali...

andai aku tidak sempat untuk memohon darimu...
ampunilah anakmu ini...

selamat hari lebaran...
dari aku si penulis blog ini...

-----------------------------------------------------------------------------------------------





Saturday, August 29, 2009

hati dan mata




pantai dan laut...
mungkin itu yg ramai perkatakan...
tp simboliknya kehidupan adalah saling memerlukan...

tidak kira samada baik atau tidak...
kehidupan aku selama ini seperti laut juga...
kadang2 bergelora dan selalunya tenang...

raut atau ekpresi muka yg tenang tidak dapat menggambarkan keadaan atau sifat semulajadi seseorang itu...
perihal laut dan pantai adalah sinonim dgn keadaan setiap orang...
dan pada setiap orang islam,
setiap yg Allah swt ciptakan itu ada hikmah dan sifat semulajadi yg tersendiri..

dengan gambaran diatas ini tidak mustahil dlm suatu hari keadaan tenang yg kita selalu suka lihat dan hayati akan berubah dgn tiba-tiba...
apatah lagi pada manusia...
senang berubah dan lupa pada tanggungjawab...

"DON'T JUDGE A BOOK BY IT COVER"
satu petika@quote kata-kata yg amat sinonim bila kita memperkatakan tentang keindahan seseorang yakni bila melihat tanpa mengenali seseorang...

kadang2 kita lupa bila kita sendiri selalu khilaf dan berbuat silap...
dan kadang2 timbul isu kesilapan kita dikemudian hari yg kita tidak boleh menafikannya...
itu kita tak tahu...
isu yg selalu hadir itu boleh menjadi sebagai balasan tuhan tentang apa yg kita pernah lakukan pada seseorang...

mungkin pembaca tidak dapat menangkap rangkap di atas..
tapi..
percayalah...
keraguan yang selalu bermain di benak hati itu selalunya menjadi jawapan dikemudian hari...

adakah betul????
adakah salah????
jawapan yg selalu hadir..
tenangkah kita seperti melihat laut????
tenangkah kita seperti waktu kita menghadapNya????

pernah suatu masa itu...
tiada jawapan yang seperti "betul" atau "salah"
jawapan yg ada hanyalah kelakuan meneruskan hidup tanpa sepatah kata..

pantai dan laut..
itu sahaja yg ada dengan sejuta erti pada manusia..
dengan berfikir sampai bila kita mampu untuk tenang seperti melihat keindahan laut dan pantai smbil melupakan segala konflik dan permasalahan dalaman...

berikan setiap manusia yang berbuat silap itu peluang...
dan berikan kemaafan pada diri sendiri terlebih dahulu...
pasti itu akan menolong kita untuk mengenal diri kita terlebih dahulu sblum kita mengenal orang lain...

"mampukah aku"
ayat yg selalu timbul bila diberikan tanggungjawab...
hanya keyakinan dan perasaan hormat pada diri sendiri dapat melakukannya...


p/s: maaf kalau anda tidak faham tentang garisan norma hidup yg diluahkan diatas.
penulis sengaja membaraikan perasaan yg sentiasa bermain dihati dan mata..







Sunday, August 23, 2009

isteri aku dari masa depan

sungguh penat badan aku di malam itu.

Pagi aku kerja kat office......malam pergi jual siput lak....da rezeki......org cuti sem lepak umah goyang k***.......aku lak semangat sgt dengan part time nyer kerja ni......

sampai jer kt umah aku salin pakaian dan mandi, pas mandi aku tgk citer labu labi kat astro......satu ehem ehem ehem, tiga ehem ehem ehem...ntah aper dialog p ramlee yg wat aku gelak..

mata pun pejam.senyap sunyi..tanpa ada bunyi..

..........

baru nak mimpi jadi bos besar.......tetiba telepon cap ayam aku berbunyi.....private number....sape lak call tgh2 malam ni....

aku jawab.

"Hello?" suara gadis. Terkejut bukan main aku. Makwe aku dh tido dah malam2 buta camni.....selalu time malam2 buta ni kawan2 aku yg kat selayang ni je yg call....kalo x ajak lepak mapley mesti ajak lepak g uptown danau...ntah hape yg best kat sane.. itu kita xtau.......


Kembali kepada soal aku terkejut tadi. aku pun membetulkan suara, supaya nampak macho,

"Hello?" jawab aku, cover suara.

"Dah tido ye?" gadis tu tanya.dengan suara yg serak manja.

"Baru nak tido, nape," jujur plak kalo dgr suara gadis.... gadis bukan suka sgt lelaki kuat menipu nih....kalau tipu nanti kene leter lak....keh keh keh

"Tipu, i kenal you,"

Huh, ber i ber you, gadis bandar ni.

"Kenal i? biar betul!".

"I kenal you luar dalam. I kan wife you,"

"Huh? Bila pulak i kahwin? Kursus nikah pun xpergi lagi."

"I wife you dari masa depan. I cuma nak beritahu, jangan tido lewat sangat, nanti kul 2 petang baru nak bangun pastu tak pergi kelas, jangan suka wat keje last minit, kurangkan baca blog2 politik,main facebook dan YM.....kurangkan sikit tahap menganjing dan mengonyet tu....bersenam supaya tak boroi perut tu.....kurangkan makan kt luar.....membazir duit jek...lagi satu....jangan nak hisap rokok lebih dari 5 batang sehari.....coz nanti u sakit paru2 berair lah ape lah tapi tak stop juga isap rokok... "

"Uh?"

"Sebab i baru kehilangan you. Masa kita sekejap saja."

"Huh? Kalau betul you wife i, macam mana kita jumpa? Bila? Esok ke? Apa nama you? Cun ke tak?"

"Kalau i kasi tau, tak suspen la, nanti you tak buat macam mana you buat masa nak dapatkan jiwa dan hati i,"

"Kalau macam tu esok malam u call i lagi, i ngantok nih..telinga tak tahan nak dgr leteran u!!" jawab gua sambil mematikan panggilan. Gua terus tidur. Tak nak beritahu sudah. Buang masa. Esok nak keje agi.......

Dia tak sms atau telefon lagi.
Merajuklah tu.

Sunday, June 7, 2009

30 kenyataan tentang wanita

30 kenyataan tentang wanita...tetapi kadangkala tak tentu juga...just lihat dan nilai sendiri...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan

airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik

kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan

ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia

sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah

jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan

sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan

cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima

pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak

cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri

wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa

saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak

cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia

sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan

adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon

positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh

tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia

akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan

tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum

sebarangan!.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.

Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,

tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan

darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah

aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati

sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita

ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya

sendiri.hahaha


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang

dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak

tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang

kompromi.


26. wanita mahukan lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita airmata!!


28. Wanita suka sesekali org yg disayanginya mengadakan surprise

buatnya.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik

terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah

perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, May 19, 2009

pagi ni yang muram

hp aku tk berhenti berbunyi
malam td
aku minta maaf sbb tak berdaya nk jawab panggilan dan sms....

Owh tangan ku ilang..
mungkin keganjilan bunyinya...
hahaha tp itulah yg berlaku...

ada satu ayat...
"baby
your dear is so sick because 'rindukan' u too much...
miss everything about U"...

tu ayat yg selalu bermain di kepala otakku ini

DEMAM

da 2 hari aku demam...
aduh...
jauhnya DoktoR aku tuh kat Ranau
sekarang nombor giliran 6072 dah...
aduh lamenya...
hahahaha

hmmm
thanks sbb ambil berat